Ideas & goodies birthday party Beauty and the Beast

Hai. Lama juga saya tak blogging di sini. ThePartyKru ini terbina dari sesi perkongsian saya di blog-blog party saya yang dahulu. Sehingga hari ini masih ada yang baca dan ada yang hubungi saya juga. Terima kasih! Tahun 2018 saya harap (sangat) saya akan selalu blogging dan buat projek DIY. Goodies birthday party tema Beauty and the BeastΒ di sini saya sudah sediakan sejak tahun lepas lagi dan ada beratus-ratus gambar events dan goodies dalam handphone saya yang mesti diclearkan sebelum handphone jadi jammed hehe.

Tema Beauty and the Beast ni memang comel sangat. Warna tema mestilah kuning diraja dan merah ros. Tambah warna kegemaran anda pun boleh.

beauty and the beast birthday ideas 1
From Karas Party Ideas

Comel kan. Kita cuma perlu sediakan meja dan kain saiz sepadan. Boleh beli kain jenis jersey di Nagoya atau Kamdar harga RM3 semeter. Biasanya dahulu saya beli 2 meter pun sudah cukup untuk meja lipat saiz medium.

Selain itu, sediakan makanan yang ikut warna tema seperti cupcake, chocolate bar atau pun air mineral.

beauty and the beast birthday ideas 3
From lifeisaparty.ca

Dan untuk tema ini istimewanya anda boleh guna cawan seramik atau teko ala-ala lama di rumah juga.

beauty and the beast birthday ideas 2
From PopSugar

Goodies birthday party tema Beauty and the Beast ini ditempah oleh Puan Gina dari Puchong. Saya tak sempat sediakan stiker sebab agak lewat jadi hantar kosong sahaja tanpa printables. Goodies yang ditempah adalah popcorn cups dan cotton candy buckets.

goodies birthday beauty and the beast 2

goodies birthday beauty and the beast 3

goodies birthday beauty and the beast 5

goodies birthday beauty and the beast 4

beauty and the beast birthday ideas 4
Umaira’s birthday cake

Cake topper ini dan party printables Gina ditempah dengan Ilikecard – Faizah 016-6901757.

Tqsm Gina kerana kongsi gambar-gambar dan tempah goodies dengan saya. Harap anda pun dah dapat idea untuk birthdayΒ party dan goodies tema Beauty and the Beast anak anda. Bye!